Pameran dan Pertandingan UNISEL CIPTA (Cipta, Inovasi, Penyelidikan, Tadbir Urus & Akademik) 2025 telah berlangsung pada 3 dan 4 Disember 2025 di Dewan Pro Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam.
Program ini menghimpunkan pelbagai hasil penyelidikan serta inovasi daripada pelajar, staf akademik dan staf pentadbiran. Setiap penyertaan dinilai oleh panel penilai dalaman bersama barisan profesional industri yang berpengalaman.
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua peserta di atas kejayaan yang diperoleh. Semoga pencapaian ini menjadi pencetus kepada lebih banyak inovasi, penyelidikan berkualiti dan penambahbaikan berterusan masa akan datang.










