Alhamdulillah, syukur kehadrat llahi telah selesai sesi Lawatan Penilaian Perakuan Akreditasi Penuh oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi Program ”SARJANA SAINS POLITIK” pada 18 dan 19 Mei 2026 ( Isnin dan Selasa ) di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Kampus Bestari Jaya (UNISEL).
Terima kasih kepada Panel Penilai YBrs. Prof. Madya Dr. Laila Suriya binti Ahmad Apandi (UUM), YBrs. Dr. Iskandar Hasan Tan bin Abdullah (UITM, Kelantan), Puan Noor Farah Dalina binti Zainuddin (Pegawai MQA) dan semua yang terlibat sepanjang lawatan dijalankan.


