Taklimat dan Perbincangan Daftar Risiko Bersama Pegawai Risiko Pusat Tanggungjawab

Pejabat Tadbir Urus Korporat dan Jaminan Kualiti (CGQA) telah menganjurkan Taklimat dan Perbincangan Daftar Risiko bersama Pegawai Risiko Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Bestari Jaya pada 3 Februari 2026 dan di Kampus Shah Alam pada 10 Februari 2026.

Taklimat ini disampaikan oleh Dr. Mohd Arif bin Mat Norman, Timbalan Pengarah, Unit Perancangan Korporat dan Tadbir Urus Kualiti (UPKTUKi), CGQA. Pegawai Risiko yang tidak dapat hadir pula diberikan taklimat secara dalam talian pada 13 Februari 2026 (Jumaat).
 

Sesi ini memberi tumpuan kepada pemahaman, penyelarasan dan pengurusan Daftar Risiko, termasuk pendekatan mengenalpasti dan mendaftar risiko bagi memperkukuh tadbir urus dan pengurusan risiko di peringkat PTJ.

Sesi ini turut membuka ruang perbincangan dua hala ke arah pemantapan budaya pengurusan risiko, penambahbaikan berterusan serta sokongan terhadap kecemerlangan institusi.

UNISEL CIPTA 2025

Pameran dan Pertandingan UNISEL CIPTA (Cipta, Inovasi, Penyelidikan, Tadbir Urus & Akademik) 2025 telah berlangsung pada 3 dan 4 Disember 2025 di Dewan Pro Canselor,