Alhamdulillah, syukur kehadrat llahi telah selesai sesi
Lawatan Penilaian Perakuan Akreditasi Penuh oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) bagi Program ”DIPLOMA KEJURURAWATAN” pada 13 hingga 15 Oktober 2025 ( Isnin hingga Rabu ) di Kampus Shah Alam (UNISEL).
Terima kasih kepada Panel Penilai Puan Rukiah binti Osman (ILKKM Sungai Buloh, Selangor), Puan Nik Hazlini binti Nik Zainal Abidin (Bahagian Kejururawatan, KKM, Putrajaya), Puan Sharizan binti Mohd Kusairi (Sekretariat Lembaga Jururawat Malaysia), Puan Noraini binti Mohd Mustiman (Sekretariat Lembaga Jururawat Malaysia), Encik Muhammad Redzuan bin Ghazali (Pegawai MQA) dan semua yang terlibat sepanjang lawatan dijalankan.










