Unit Tadbir Urus Korporat dan Integriti (UTUKi)
Unit Tadbir Urus Korporat & Integriti (UTUKi) merupakan unit yang membangunkan sistem pengurusan risiko di peringkat universiti, menyelaras serta memantau risiko di setiap PTJ dan juga unit tersebut membangunkan standard pengurusan aduan dan maklumbalas di peringkat universiti.
- Daftar Risiko setiap Pusat Tanggungjawab sila klik pautan google drive berikut:
https://drive.google.com/drive/folders/1YIkp6j_FJfxUERv5AQhmEKb46kafz3Zq
- Polisi-polisi Integriti dan Anti Rasuah UNISEL
- Polisi Anti Rasuah UNISEL
- Polisi Konflik Kepentingan UNISEL
- Polisi Kod Etika Kerja dan Tatalaku Kakitangan UNISEL
- Polisi Penerimaan dan Pemberian Hadiah UNISEL
- Polisi Pemberi Maklumat UNISEL
Sila klik pautan google drive di bawah:
https://drive.google.com/drive/folders/1KaNuUUfqSZ_MDv6da8WWCoM1fxYu7e?usp=sharing
Skop Tugas
- Membangunkan sistem pengurusan risiko di peringkat universiti;
- Menyelaras dan memantau risiko di setiap PTJ;
- Membuat analisis dan pelaporan keberkesanan sistem pengurusan risiko yang dibangunkan;
- Membangunkan standard pengurusan aduan dan maklumbalas di peringkat universiti;
- Memantau maklumbalas bagi setiap aduan dari PTJ yang berkaitan;
- Membuat analisis dan pelaporan aduan bagi separa tahun;
- Sekretariat bagi penarafan SETARA;
- Membuat analisis dan pelaporan dapatan SETARA;
- Membangun dan menguruskan polisi anti rasuah dan integriti;
- Merancang dan melaksanakan program kesedaran berkaitan rasuah dan integriti;
- Lain-lain tugas yang perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.