Unit Pengurusan Kualiti (UPK)
Unit Pengurusan Kualiti (UPK) merupakan unit yang menyelaras pelaksanaan proses teras Universiti berdasarkan standard ISO yang ditetapkan, Mengawalselia segala dokumen yang berkaitan dengan proses kerja berdaftar, dan juga memantau pencapaian objektif kualiti PTJ bagi separa tahun.
Untuk capaian Maklumat Didokumentasikan (Manual Kualiti, Prosedur Kerja dan dokumen-dokumen seperti borang-borang, arahan kerja, garis panduan dan dokumen sokongan) bagi setiap Pusat Tanggungjawab :-
Sila klik http://eiso.unisel.edu.my/
(Link attach dekat tajuk Unit UPK)
Skop Tugas
- Menyelaras pelaksanaan proses teras universiti berdasarkan standard ISO yang berkaitan;
- Mengenalpasti kod amalan dan standard luaran yang sesuai digunakan untuk tujuan jaminan kualiti dan kualiti perkhidmatan;
- Mengawalselia proses-proses kerja berdaftar sebagai dokumen terkawal di peringkat universiti;
- Menjalankan tanggungjawab sebagai sekretariat audit dalaman ISO;
- Menjalankan bengkel berkaitan ISO dan pengurusan kualiti;
- Mengurus audit pensijilan dan audit pemantauan ISO;
- Menyelaras dan memantau status pelaksanaan standard pensijilan kualiti yang diamalkan;
- Sekretariat Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan;
- Mengurus dan menganalisis kajian kepuasan pelajar dan staf serta mengenalpasti ruang penambahbaikan secara menyeluruh;
- Menyelia e-course teaching evaluation;
- Memantau pencapaian objektif kualiti PTJ bagi separa tahun;
- Lain-lain tugas yang perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.