Quality Policy

Universiti Selangor (UNISEL) beriltizam untuk:

  1. Menghasilkan graduan berkualiti dengan menyediakan sistem pembelajaran dan pengajaran yang berkesan selaras dengan perkembangan pendidikan, saintifik dan teknikal;
  2. Memberikan perkhidmatan cemerlang bagi memuaskan hati pelanggan dan memenuhi kehendak pihak yang berkepentingan;
  3. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan harta intelek serta melaksanakan tanggungjawab sosial korporat bagi menyumbang kepada kesejahteraan Negeri Selangor, negara dan ummah keseluruhannya;
  4. Menyediakan sumber dan infrastruktur yang kondusif bagi meningkatkan prestasi dan citra universiti;
  5. Sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti.