Semakan dokumen pematuhan akreditasi program bagi Program Diploma Kejururawatan (MQA/FA 1117) telah diadakan pada 21 Mac 2025 di Bilik Bilik Rafflesia, Fakulti Sains Kesihatan. Sesi semakan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Unit Kualiti Akademik dan Akreditasi (UKAA), Pejabat Tadbir Urus Korporat dan Jaminan Kualiti, Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Sains Kesihatan, Ketua Jabatan Sains Kesihatan, pensyarah dan Clinical Instructor yang terlibat sebagai program curriculum committee. Sesi semakan merangkumi semakan dokumen COPPA (Area 1 sehingga Area 7) dan Course Information untuk tujuan penghantaran dokumen ke MQA dan Lembaga Jururawat Malaysia.


