Unit Kualiti Akademik dan Akreditasi (UKAA)

Unit Kualiti Akademik & Akreditasi (UKAA) ini merupakan unit yang memberi fokus terhadap pengurusan permohonan dan pindaan syarat kelulusan kursus pengajian, menyelaras audit pemantauan program akademik dan merancang keperluan penyelarasan latihan, memberi nasihat dan sokongan dalam pelbagai kegiatan kualiti akademik dan akreditasi.

Skop Tugas

  • Menguruskan permohonan pengendalian dan akreditasi kursus pengajian;
  • Menguruskan pindaan syarat kelulusan pengendalian kursus pengajian;
  • Sekretariat bagi lawatan penilaian akreditasi sementara dan penuh;
  • Mengurus dan menyelaras audit pemantauan/pematuhan bagi program akademik;
  • Memastikan maklum balas berhubung program akademik dipatuhi oleh semua fakulti;
  • Melakukan penandaarasan dan pelaksanaan amalan terbaik kebangsaan dan antarabangsa untuk peningkatan kualiti akademik berterusan;
  • Menguruskan laporan pemantauan program sedia ada- Annual Programme Monitoring Report (APMR);
  • Merancang keperluan serta menyelaras latihan, memberi nasihat dan sokongan dalam pelbagai kegiatan berkaitan kualiti akademik dan akreditasi;
  • Memaklumkan sebarang perubahan berkaitan standard program kepada fakulti
  • Memantau kualiti program dari segi penambahbaikan kurikulum berterusan;
  • Lain-lain tugas yang perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.