• Bestari Jaya, Selangor
  • +603 3280 5052
  • cgqa@unisel.edu.my

Fungsi

  1. Memastikan tadbir urus universiti dan segala aspek berkaitan governan Universiti adalah selaras dengan Akta, Status, Peraturan dan Kaedah yang berkuatkuasa;
  2. Memantau pematuhan kepada dasar dan polisi akademik Universiti;
  3. Memantau dan menyelaras pemakluman Pekeliling dan garis panduan KPT dan MQA yang dikeluarkan dari semasa ke semasa;
  4. Mengurus dan menyelaras pengumpulan data Universiti mengikut keperluan semasa;
  5. Menguruskan penyediaan laporan status akademik semasa bagi KPT, SETARA, Sistem IFMS-KPT dan lain-lain yang berkaitan;
  6. Menguruskan permohonan untuk menubuh dan memperbaharui pendaftaran UNISEL/cawangan;
  7. Menguruskan permohonan untuk meminda syarat-syarat kelulusan penubuhan dan pendaftaran IPTS;
  8. Mengurus permohonan perlantikan, pendaftaran, dan pengkanselan ketua eksekutif UNISEL;
  9. Memastikan maklumat syarikat sentiasa dikemaskini di dalam rekod JPT termasuk Pertukaran Lembaga Pengarah, Ekuiti, Perlembagaan UNISEL, M&A Syarikat dan sebagainya;
  10. Menguruskan permohonan untuk merekrut pelajar antarabangsa;
  11. Mengurus khidmat pelanggan secara efektif dan efisyen;
  12. Menyelaras dan menyediakan maklumbalas kepada aduan/isu-isu berbangkit daripada KPT/PTPTN/MQA dan lain-lain;
  13. Berurusan dengan semua Pejabat/Pusat/Fakulti/Jabatan bagi pematuhan dan pelaksanaan polisi akademik;
  14. Mengurus dan urusetia Mesyuarat Senat Universiti;
  15. Mengurus dan menjalankan tugas Sekretariat Akademik secara tetap dan mengikut lantikan semasa termasuk Sekretariat Pembentukan Kalendar Akademik, Sekretariat Pindaan Buku Peraturan Akademik & Sekretariat Konvokesyen;

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us