• Bestari Jaya, Selangor
  • +603 3280 5052
  • cgqa@unisel.edu.my

The Story of
Our Department

Universiti Selangor (UNISEL) yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Industri Selangor merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang ditubuhkan pada tahun 1999. Pejabat Tadbir Urus Korporat & Jaminan Kualiti (CGQA) merupakan salah satu pejabat di bawah pejabat Naib Canselor yang telah ditubuhkan pada 2017 dengan diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu 3 orang Timbalan Pengarah keputusan pihak Pengurusan Universiti telah melaksanakan penstrukturan dan pengorganisasian semula membawa kepada perubahan daripada 3 Unit iaitu Unit Akreditasi , Unit Jaminan Kualiti dan Unit Pematuhan Sekretariat Akademik . Mulai dari tarikh tersebut CGQA telah dinaiktaraf menjadi sebuah pejabat yang bertanggungjawab perihal akreditasi dan kualiti sepenuhnya. Penekanan kepada kualiti diatur untuk menanamkan rasa tanggungjawab terhadap kualiti di kalangan warga dan meningkatkan tahap kualiti pengurusan dan perkhidmatan yang akhirnya memenuhi keperluan dan memberikan kepuasan pelanggan. Oleh itu, Pejabat Tadbir Urus Korporat dan Jaminan Kualiti dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

  1. Pengurusan Kualiti
  2. Akreditasi Program dan Akademik
  3. Tadbir Urus Korporat

Usaha ini juga menzahirkan harapan Selangor memainkan peranan aktif dalam penyampaian program pendidikan tinggi untuk meningkatkan pembangunan kecemerlangan modal insan. Sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang paling awal di Malaysia, UNISEL adalah unik kerana ia adalah universiti milik negara pertama di Malaysia.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us