• Bestari Jaya, Selangor
  • +603 3280 5052
  • cgqa@unisel.edu.my

Polisi OKU

Polisi OKU UNISEL:

  1. Pelajar OKU perlu berdaftar dengan Unit Kaunseling dan Latihan supaya hak dan keperluan mereka dapat diurus dan diselia dengan lancar dan berkesan;
  2. Unit Kaunseling dan Latihan bertanggungjawab dalam menyelaraskan sistem sokongan dan aktiviti untuk pelajar OKU;
  3. Semua pelajar OKU UNISEL berhak untuk mendapatkan kemudahan yang bersesuaian bagi menjalani kehidupan di kampus dengan baik seperti pelajar lain. Penyediaan kemudahan untuk pelajar OKU perlu berorientasikan kecacatan dan isu ketidakupayaan yang dihadapi oleh mereka. Pihak penyedia kemudahan perlu melakukan penyesuaian munasabah bagi memenuhi keperluan seorang pelajar;
  4. Semua kakitangan akademik perlu memberi kerjasama dan sokongan sebaik mungkin kepada pelajar OKU semasa sesi pengajaran dan pembelajaran;
  5. Pensyarah perlu menyediakan kaedah penilaian bersesuaian mengikut tahap ketidakupayaan pelajar OKU;
  6. UNISEL akan berusaha dalam setiap perancangan pembangunan dan prasarana di dalam kampus berdasarkan konsep rekabentuk yang bersesuaian sebagaimana termaktub dalam Akta OKU 2008.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us