• Bestari Jaya, Selangor
  • +603 3280 5052
  • cgqa@unisel.edu.my

Selamat Datang ke Pejabat Tadbir Urus Korporat dan Jaminan Kualiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya dan seluruh warga CGQA mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung laman web CGQA Universiti Selangor. Laman web ini dibangunkan untuk memberi maklumat mengenai CGQA dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan semua unit di CGQA. Terdapat tiga unit di bawah CGQA iaitu, Unit Tadbir Urus Korporat (UTUK), Unit Pengurusan Kualiti (UPK) dan Unit Kualiti Akademik & Akreditasi (UKAA). Setiap unit ini diketuai oleh seorang timbalan pengarah.

Laman web CGQA ini juga menyediakan maklumat mengenai pengurusan kualiti dan dokumentasi yang digunakan sebagai rujukan kepada semua staf. Bermula pada 17 Mei 2018, UNISEL telah menggguna pakai Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001:2015 dan bermula 16 Julai 2018, SPK UNISEL telah ditambah baik dengan mematuhi standard ISO 21001:2018. Objektif utama SPK yang dibangunkan ini adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pencapaian UNISEL agar dapat menjadi sebuah universiti yang terulung.

Skop SPK ini melibatkan semua proses perkhidmatan dan pentadbiran di seluruh PTJ di UNISEL. Pelbagai siri bengkel dan latihan telah dijalankan bagi proses penyediaan SPK ini, bermula dengan bengkel pengenalan standard SPK sehinggalah kepada bengkel semakan dan penambahbaikan. Oleh yang demikian, diharapkan SPK yang telah dibangunkan bersama ini dapat dihayati dan dipatuhi oleh semua staf. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan kepada CGQA untuk terus bergerak maju.

Laman web ini baharu sahaja dibangunkan dan sudah tentulah banyak kekurangan yang ada. Ianya akan ditambah baik dari masa ke semasa. Saya dan kakitangan CGQA yang lain sentiasa berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang maklumbalas atau cadangan dari pelajar, staf dan pihak yang berkepentingan untuk penambahbaikan.

Sekian, terima kasih.

Dr. Hashimah Binti Ismail

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us